Saturday, 3 March 2012

Wadi Hadramawt, Ampang : Nasi Arab pertamaku jamaah

ASSALAMMUALAIKUM...

Kepada semua yang sudi baca blog aku nih, disini aku ingin berkongsi cerita dan sedikit info untuk kita tambah pengalaman hidup... Aku ingin mulakan dengan..#@%&*%+/)(#;:,"!?@,. Nasi Arab..! oh!..Nasi Arab!!.. korang nak tahu tak! aku teringin nak makan nasi Arab, hrmmm..tapi tak tahu kedai mana yg sedap, yang membuatkan aku membuak-buak nak cuba makan nasi arab,semuanya aku dengar dari mulut kawan-kawan aku dan mak,ayah,kakak dan abg ipar aku,semuanya kata sedap sangat nasi arab tuh. Apaaaa..lagii.. aku pun surf lah dalam internet.. mula-mula skali aku taip dalam web "Nasi Arab yg sedap" apa yg aku dapat info ialah blog dari seorang nih bagi tahu nasi arab dekat wangsa maju..sedap dan murah kedai tuh menyediakan pekej nasi arab 1 talam (dulang) besar, dalam tu ada nasi,ayam seekor dan 2 ketul kambing dan 1 jug air raspberry dengan harga Rm70 jew..bagi aku memang berbaloi-baloiiii siot..tapi dalam blog tuh dia tak bagi nama kedai dan dia cakap dia cuma tahu kedai tuh cuma diWangsa Maju..so aku surf lah aku taip "Nasi Arab Rm70 pekej 1 talam" dan macam-macam aku taip punyalah nak cari kedai tuh...tapi apa-apa pun aku bagi kredit dekat syafiqahmohmad.blogspot.com kerna bagi info.

Agrahh.. ni dia gambar yg aku cakap tuh.. Rm70 nasi 1 talam + ayam sekor+ 2 ketul lamb + air raspberry..berbaloi tak?? gambar ni aku ambil dari blog syafiqahmohmad.blogspot.com terima kasih bebanyak ek.. Aku tidak dapat apa- apa info pasal kedai tuh... aku pun surf dan belek-belek pasal nasi arab terjumpa lah info pasal restoran nasi arab... Damsyik, Saba, D'Arab, Al-Rawsha dan Wadi Hadrawawt so aku compare mana yg ramai orang datang,sedap dan murah, setelah compare kesemuanya, aku terbaca blogs hamba Allah nih, untuk orang pertama kali makan nasi arab dan cara nak order menu di Wadi Hadramawt, order nasi lamb modghout1kg untuk 4-5 orang boleh makan, tapi aku tengok nasi tuh dalam gambar yang diaorang post dalam blogs, nasi lamb modghout 1kg nampak sikit jew...cukupp kerr!!! macam tak kenyang jew!!... takpe lah aku buat keputusan dan aku tulis menu atas sekeping kertas dulu, aku tulis 1 nasi lamb modghout 1kg, 2 nasi half chiken modghout, 1 mint tea one pot dan 1 air meneral besar, selesai je aku simpan menu tuh dalam porch bag aku, so aku servey lagi, ramai orang prefer makan dekat Wadi Hadramawt,Ampang boleh dikatakan murah,sedap dan banyak pilihan menu, Wadi Hadramawt pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan dan membuat aku tertarik nak makan dekat situ, aku pun call Wadi Hadramawt jalan Ampang buat booking untuk 4 orang dewasa dan 2 kanak-kanak makan pukul 8.00pm, kami sekeluarga memang berlapar dari tengahari lagi kononnya simpan perut berlapar sebab nak makan malam dekat WD. akhirnya saat yang dinanti-natikan telah tiba.. Pukul 7.30 malam 2 mac 2012 aku dan keluarga keluar rumah pergi makan malam dekat Wadi Hadramawt jalan Ampang.


Gambar diatas aku ambil dekat www.sharilrouth.com terima kasih banyak-banyak kerana gambar yang cantik.. Sampai kami pun parking kereta dan duduk dimeja yang telah dibooking, pelayan dari WD bagi kami buku menu, aku dan wife pun tengok menu tu, so kita orang order mcmana aku rancang 1pinggan 1kg nasi lamb modghout, 2pinggan nasi half chiken modghout,dan wife aku tambah menu lain untuk shish tawooq chiken dengan roti leper (sedap roti ni),mint tea one pot, meneral besar dan oren juice. so kami tunggu order kami sampai dalam 15 minit, sampai jew menu kami, pertama kali aku terkejut!! nasi yang aku order lamb dan chiken modghout tadi.. nasi tuh banyak gilerrrr... 1 pinggan half chiken modghout nasi banyak siot!..aku bayangkan nasi tu macam seorang makan (nasi sukatan dalam mangkuk macam 1pinggan nasi ayam tuh..) rupa-rupanya 2 org boleh makan..banyakk!! so terkena aku,table aku penuh dgn nasi tuh..


macamana??


berbaloi tak??


macamana? nak cuba ke?

terliurrr... Rasa nasi lamb modghout bagi aku sedap arr..nasi berempah tp light jew...kalu nak tahu nasi tu ringan je bila kita kunyah so maknanya kita boleh makan banyak, isi kambing dengan tulang dalam nasi tu pun banyak dan besar- besar memang puas hatib lahhhh!!..setelah di ejas-ejas perut..kita sekeluarga cuba nak bagi habis hidangan tadi, tidak berjaya sebab terlalu banyak nasi tuh dengan isi kambing dan chiken..so aku pun suruh bungkus bawa balik...aku dan family mmg terduduk kekeyanggan dan balik kerumah dengan hati yang seronok dan puas hati kerana makanan sedap,banyak dan harga berpatutan..erti kata lain mmg berbaloi- baloi lahhhh!!.


Keesokkan harinya mak aku panaskan nasi modghout yang lebih semalam untuk makan tengahari,kami makan berempat orang baru habis nasi arab tuh...fuhhh!! mmg puass lahhhh... So moral of store bagi yang merancang hendak makan di Wadi Hadramawt jln Ampang, kalu nak cuba nasi lamb/chiken madghout kalau datang 2 orang order 1pinggan cukup dan minta pinggan kosong boleh bahagi 2 then boleh cuba menu lain, kalu datang 4 orang order 1kg lamb/chiken madghout sudah cukup. Peracangan kami sekeluarga akan datang ingin mencuba nasi arab D'Arab Puchong sebab mak n ayah aku kata nasi di sedap..harusss memcuba...nantikan blog aku pasal nasi arab... "Mencuba Sementara Hidup" sekian

Wassallammm...ariyossss..

1 comment: