Monday, 5 March 2012

Klinik Putrajaya

ASSALAMMUALAIKUM...

Salam 1Malaysia kepada semua, semoga hari kita lebih baik dari semalam...InsyaALLAH..amin.

Hari ini aku nak tulis blog untuk kita kongsi- kongsikan bersama pengalaman hidup kita moga apa kita lalui dengan penuh makna dan mendapat kepuasan.. Sebelum aku meneruskan cerita aku, hari ini anak aku Zara Sofea pergi temujanji diKlinik kerajaan Putrajaya dan hari ini juga umur anak aku sudah menjangkau 1 tahun 3 bulan..pejam celik..pejam celik.. anak aku semakin membesar.



On the way nak pergi Klinik Putrajaya, Macam biasa lah temujanji hari ini zara akan berjumpa dgn doctor, check tahap kesihatan,berat,ketinggian atau injection protection (suntikan perlindungan)..


No pendaftaran Klinik Putrajaya 05.03.2012, pukul 2.00pm, nampaknya suasana diklinik tidak begitu ramai..


Setelah scan kad kecil (lihat diatas) dan tunggu panggil No. giliran aku (Zara) untuk berjumpa dengan doctor...Aku rasa sistem yg digunakan klinik diPutrajaya sangat bagus dan cepat sebab cara pendaftaran yg moden (e-daftar), langkah-langkah ini boleh membaiki sistem pendaftaran yang baik dan harus diselaraskan seluruh Malaysia untuk memudahkan dan menaiktaraf sistem pendaftaran menjadi lebih baik..


Gambar diatas sebagai hiasan sahaja tiada kena mengena dengan sesiapa... Disini aku ingin kongsikan bersama.. bila kita sebut klinik/hospital kerajaan mesti orang akan kaitkan dengan sistem layan kurang baik dan mutu perkhidmatan yg kurang baik, ok lah bayangkan kembali setiap kali kita pergi mana- mana klinik/Hospital kerajaan, suasananya mesti ramai dan berbilang bangsa,pendek kata mmg muhibbah lahh... melayu,cina,india dan bangsa asing semuanya ada, ini menunjukkan satu fenomena yg baik walaupun perlu menunggu giliran rawatan yang agak lama, pada pandanggan aku ia terjadi disebabkan orang terlampau ramai yg datang untuk tujuan rawatan. salah satu sbbnya ialah perkhidmatan rawatan sangat murah.. 

Pendaftaran bagi warga malaysia hanya Rm1 ringgit sahaja, contoh kalau kita demam dan batuk kita cuma bayar Rm1 ringgit sahaja, kita dapat jumpa doctor dan ubat dengan bayaran Rm1 sahaja. kalau swasta kurang-kurang kita kena bayar Rm25 hingga Rm30 ringgit. itu punca utama menyebabkan orang ramai datang ke klinik/hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan yg murah. Dari segi layanan kakitangan klinik/hospital kerajaan pula cuba kita bayangkan hari-hari mereka berhadap dengan ramai orang dan mereka cuba memberi layanan yg terbaik untuk memastikan orang ramai mendapat layanan,rawatan dan ubat dengan baik.Banyak langkah-langkah dari pihak mereka cuba mengatasi kehendak orang ramai... aku berharap cuba kita ubah anggapan yg kurang baik terhadap kakitangan klinik/hospital, tanpa mereka bolehkan kita bayar kos rawatan kita seperti mana klinik swasta kenakan kos rawatan yg tinggi.. boleh ke??
 
                             

Gambar diatas sebagai hiasa sahaja tiada kena mengena dengan sesiapa... Bagi aku lah..apa yg diberi (kemudahan) kepada kita, terima lah seadanya...kerana ia sangat bermakna dan berharga... Oppsss! aku dh tulis blog ni dah jauh sangat boring korang baca nanti..jadi marilah kita renungkan bersama moga ia jadi satu pengetahuan hidup dan tambah pengalaman...

                          

oh! ya keputusan anak aku jumpa doctor tadi (gamabar diatas), berat anak aku turun (graf dalam buku turun) dan doctor bagi ubat cacing, so bulan depan kena datang lagi klinik kerajaan..

                            

Ambil ubat cacing di Farmasi klinik Putrajaya doctor-doctor semuanya baik-baik..

                            

Setelah selesai jumpa doctor dan ubat pun dah ambil, anak aku pun dah menlangkah keluar dari klinik, Ok lah perut aku dan keluarga dah lapar nih, pilihan kami di foodcourt Percint 8..Macam- macam makan ada... jomm!!

                            

Sedap dan berbaloii... semua menu ada disini western, nasi ayam, nasi lemak, kueh tiow, mee rebus, roti john putrajaya, apam balik macam- macam lagi lahhh.. meh! pakat turun percint 8, Putrajaya..

                            

Alaa..ciannya anak papooo..makan timun jew... Sampai disini sahaja blog aku hari ini, mungkin ia dapat dikongsikan bersama...

Wassalam.

No comments:

Post a Comment